




Maran , 10 Januari 2008
Langit tidak selalunya cerah dan tiada bumi yang tak pernah basah,itulah bidalan yang digunakan oleh Masyarakat Melayu yang kukuh menjaga ketuanan.Daerah Maran yang terletak di Negeri Pahang yang merangkumi keluasan 1917km persegi meliputi 4 mukim yang dihuni oleh lebih dari 125 300 orang penduduk turut terlibat dalam bencana banjir baru-baru ini.
Justeru itu,kami di Procc Pahang ingin mengutarakan keprihatinan kami atas bencana yang tidak terjangka ini maka terlaksanalah satu aktiviti yang diberi nama,Konvoi Mesra Maran 2008 iaitu sesi lawatan ke kawasan bekas banjir. Kami amat terharu bila melihat kesan-kesan bencana banjir di sepanjang perjalanan.Walaupun cuaca kembali cerah,namun keperitan masih dapat dirasai oleh penduduk-penduduk sekitar yang pernah dilanda bah dan terputus hubungan lebih dari 2 minggu.
Ada juga antara ahli Procc Pahang yang turut terlibat dalam bencana.Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Sentul untuk aktiviti riadah.Kesegaran dan deruan air yang mengalir di liku-liku batu sungguh menenangkan fikiran. Lewat petang,kami bersiap untuk konvoi pulang ke Kuantan yang jaraknya melebihi 80km.Moga Aktiviti sihat sebegini akan mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama ahli.
Selamat Tahun Baru Hijrah 1429 untuk semua warga Procc Motorsport
Disediakan Oleh :
Deadpirate
Pen. PengurusProcc Negeri Pahang