
Alhamdullillah syukur ke hadrat allah subhanawataala kerana dengan izin nya proram amal mengacau dodol konsortium kereta pahang telah berjaya mencapai matlamatnya. Kelab-kelab kereta telah mula berkumpul bermula dari pukul 8.30 am. Program ini telah bermula seawal pukul 9 am oleh urusetia majlis iaitu Triple K. ProCC Pahang telah diberi satu kawah dodol berkongsi dengan Kelab Mira Kuantan dan kami telah mula mengacau dodol itu sehingga jam 2.30 petang baru selesai .
Kehadiran ahli ProCC ialah
1. riyad71 + aqeem
2. nalzam + wife + anak
3. rosnizan
4. plum79
5. lizdaf
6. monstergarrage
Pada pukul 3.30 pm kehadiran VVIP iaitu Timbalan Menteri Besar Pahang iaitu Datuk Tan Aminudddin beserta Timbalan Ketua Trafik Daerah Kuantan ke majlis ini. Dalam ucapan perasmian dan penutup itu Datuk Tan telah memuji usaha murni kelab-kereta di pahang yang ada inisiatif untuk mengadakan program seumpama ini. Beliau juga menyeru supaya supaya kelab - kelab kereta ini bersama-sama memajukan industri permotoran terutama di pantai timur ini. Datuk Tan juga telah bersama-sama mengacau dodol untuk menunujukan tanda sokongan kepada program amal ini. Majlis ditamatkan dengan penyampaian dodol kepada wakil-wakil masjid yang terpilih serta penyampaain hadiah cabutan bertuah oleh Celcom wilayah Kuantan. Majlis tamat pada pukul 4.45 pm. Kepada semua ahli ProCC Pahang yang telah memberikan support kepada program ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tuhan sahaja boleh membalas nya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin

















