Pandu Uji Proton Inspira Oleh Wakil Kelab Sangat Berkesan

1 November 2010 – Shah Alam, seramai 9 Orang wakil dari Proton Club Malaysia serta wakil-wakil dari semua kelab dibawah naungan Proton telahpun diberi peluang untuk pandu uji Proton Inspira di Track Pandu Uji Proton Shah Alam. Pada awal pagi lagi jam 8.00pagi wakil dari ProCC berkumpul bersarap dan berbual dengan rakan sejawatan dari kelab-kelab lain seperti Prosboc, GTi Club, V-Sixers, WPC, G2C, Savoc, Neo Club, Exora Club, Juara Club, dan The Persona Club.
Kemudian wakil-wakil kelab dibawa dengan menaiki bas ke track pandu uji Proton, setelah itu sedikit taklimat diberikan mengenai pemanduan di track dan juga segala yang berkaitan dengan Proton Inspira. Setelah itu peserta diberi secara berkumpulan untuk naik kedalam 7 buah kereta Proton Inspira dengan berbeza jenis transmisi. Kemudian setiap peserta diberi peluang untuk memandu pusing track dan memandu secara autokanna di track pandu uji suspension.
Apa yang dapat dilihat semua peserta dari semua kelab sangat berpuas hati dengan pandu uji Proton Inspira ini. Bukan sahaja kelajuan yang tidak terasa, malah tahap handling kereta yang sangat selesa dan penuh dengan ciri-ciri keselamatan. kereta tidak terasa membuang bila melakukan aksi-aksi bahaya.
Peserta dimaklumkan suspension Proton Inspira adalah dibina/ develop oleh Proton sendiri dimana pihak Mitsubishi telah memberi kebenaran. Peserta juga dinasihatkan untuk pandu uji Mitsubishi Lancer selepas ini untuk merasakan kelainannya. Setelah penat pandu uji Proton Inspira, waki-wakil kelab berpeluang untuk menyaksikan persembahan slide show berkenaan Proton Inspira dan penerangan oleh Ketua Bahagian Kumpulan Korporat Proton.
Sememangnya setelah selesai penerangan tersebut, barulah semua peserta faham mengapa Proton mengambil Mitsubishi Lancer sebagai Proton Inspira. Kemudian, banyak persoalan juga dari semua peserta dari semua kelab telah terjawab.
Proton membuat kajian yang mana Model Lancer adalah model yang popular dan terkenal dengan rekabentuk serta kebolehan kenderaan tersebut. Ianye berada dalam kelas antara atas dari Waja dan bawah dari Perdana.
Perbezaan yang ketara diantara kedua-dua model adalah Mitsubishi Lancer yang berada di Malaysia adalah Low Spec dan Proton Inspira adalah European Spec. Suspension handling juga telah proton modified mengikut Kajian yang dijalankan oleh Technology Lotus Handling and ride yang mana proton inspira ini berkemampuan untuk memberikan keselesaan semasa pemanduan tak kira apa jua rintangan jalan. Handling serta kemampuan Brek mengejut juga telah Proton modified untuk keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia. Spesifikasi untuk Proton inspira ini adalah mengikut Piawaian Europe dan semua aspek keselamatan dan ciri-ciri tambahan juga telah proton masukkan untuk pembeli Proton inspira ini. Memang rupa bentuk tidak banyak berubah kerana pihak Mitsubishi tidak membenarkan Proton untuk mengubahsuai kecuali Bumper depan dan belakang. yang lain mengikut spec Lancer.
Keistimewaan Proton Inspira adalah dari segi harga yang murah berbanding Mitsubishi lancer , Spesifikasi yang tinggi (Europe Spec), handling and ride yang sempurna serta tawaran perkhidmatan selepas jualan yang menarik.
Sila lihat apa kata peserta pandu uji diruangan forum kami: http://www.protonclub.com/portal/index.php?option=com_kunena&Itemid=54&func=view&catid=7&id=14319








